Masjid Terapung,Tanjung Bungah,Pulau Pinang

Home >> Penang >> Tanjung Bungah >> Masjid Terapung,Tanjung Bungah,Pulau Pinang

Masjid Terapung,Tanjung Bungah,Pulau Pinang sebagai tempat persinggahan di kalangan pelancong bukan sahaja untuk solat malah bagi merehatkan minda.Ianya terletak dalam perjalanan menuju ke Batu Feringghi.Masjid Terapung Tanjung Bungah telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007.

Keadaannya yang terapung atas permukaan air laut sejauh kira-kira 300 meter dari pantai cukup unik dan indah dipandang
Masjid dua tingkat yang mampu memuatkan 1,500 jemaah itu dan dibina di Mukim 18, Daerah Timur Laut di tepi pantai Tanjung Bunga dilengkapi ruang sembahyang utama, ruang sembahyang wanita, tempat mengambil wuduk lelaki dan wanita serta bilik menguruskan jenazah.

Setiap hari, masjid itu mengadakan program keagamaan seperti kelas tajwid, hadis, tauhid, fardu ain dan bacaan Yasin oleh guru agama di sekitar negeri ini.Masjid yang tersergam indah itu juga sentiasa diisi dengan pelbagai program keagamaan terutama membudayakan al-Quran oleh kariahnya.

Peristiwa tsunami yang melanda negeri di utara Semenanjung pada 26 Disember 2004, membuktikan masjid itu kukuh apabila pembinaannya tidak sedikit pun terjejas walaupun banyak rumah di kawasan sekitarnya ranap sama sekali.Reka bentuknya yang unik sememangnya mengagumkan manakala kubah pula berbentuk aerodinamik, sesuai dengan persekitaran lautan.Keunikan masjid terapung diperkukuhkan lagi dengan menara azan setinggi tujuh tingkat yang dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat kaligrafi dari Indonesia.Mozek dan seramik yang berwarna-warni terdapat di bahagian luar dan dalam masjid untuk memberi pencahayaan dan hasil yang lebih menarik apabila dipandang selain memasang siling putih di bahagian kubah.Bagi mencantikkan lagi kawasan masjid tersebut, reka bentuk tembok pagar bercorak bunga matahari dipasang di sekeliling dan kawasan pintu hadapan masjid tersebut.Masjid itu yang telah mula digunakan oleh jemaah di kawasan tersebut sejak dua tahun lalu turut menyerlah dengan seni bina mengagumkan hasil gabungan seni bina tempatan dan Asia Barat terutama Turki.

Gambar lokasi: 
Floating Mosque Tg Bungah Penang
inside_mosque
Lokasi Tempat Menarik:: 

Alamat Lokasi :: 

add contact, gps location etc